Muhammad Memecah Monopoli Ekonomi Yahudi

Berdasarkan sejarah awal Islam iaitu ketika Nabi Muhammad berada di Madinah, selain daripada membina Masjid antara perkara awal yang diberi perhatian dan diwujudkan oleh Rasulullah adalah Pasar. Orang Yahudi telah memonopoli perniagaan melalui pasar-pasar milik mereka yang diantaranya ialah pasar yang paling terkenal, Pasar Qainuqa. Rasulullah telah pergi melihat pasar-pasar Yahudi di sekitar Madinah untuk mengkaji sistemnya.

Ternyata Baginda telah berjaya merumuskan bahawa terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk memecah monopoli Pasar-pasar Yahudi tersebut dan seterusnya mewujudkan Pasar khusus untuk orang Muslim yang bukan sahaja mampu menandingi kehebatan Pasar-pasar Yahudi, malah turut berjaya menghasilkan satu sistem perniagaan yang menguntungkan dan bebas daripada unsur-unsur yang salah.

Pengajaran yang boleh dipelajari daripada Idea dan tindakan Rasulullah ialah, kita sebenarnya tidak perlu terkongkong dengan hanya bergantung kepada orang lain sedangkan kita sendiri boleh menghasilkan produk dan pasaran tersendiri dan berjual beli di kalangan kita sendiri. Rasulullah juga telah memberi petunjuk bahawa, kekuatan ekonomi juga merupakan antara perkara yang kritikal dalam membina kekuatan tamadun sesuatu bangsa.